Thursday, April 29, 2010

Hari Sukan IPTI

Pagi tadi berlangsungnya hari sukan IPTI.. penat sangat... aku tak ambil bahagian ... cume aku di tugaskan sebagai pre-comander untuk pasukan BSMM.. Sakit tekak aku... hahhaha... kene minum asam jawa ni baru ok tekak aku ni...

balik je dari sukan tadi terus je aku melelapkan mata untuk hampir 4 jam.. fuh.. mengalahkan atlit.... hahaha

Saturday, April 17, 2010

Setelah seminggu di tinggalkan

Hurm... satu minggu jgak aku tinggalkan ruang ni.. dari mana harus aku mulakan?

minggu lalu memang takde weekend aku. bayangkanlah aku takde rest langsung.. penatnyer.. bertambah kurus aku..
Pda hari sabtu dan ahad yang lalu aku ade program kursus olahraga.maklumlah aku nak jadi pegawai kononnya.. tapi layakkah aku???? hehehe.. tak tau la ujian tadi lulus atau tak... kesal jgak sbb ade slot yang tak dapat aku hadir sebb ade latihan kawad... huhuhu ( konon2 sedey)
Minggu lepas aku sibuk menyiapkan laporan PBS.. nasib baik byk jgak yang di siapkan almaklumlah.. bila dah latihan kawad aku akan tidur awal... hahaha... skang pun aku dah mula membuat sedikit action research sbb bermula awal bulan 5 aku akan ade latihan kawad pagi dan petang. konfirm aku akan penat..
Minggu ni aku ade sedikit tension bila kemudahan asas aku takde.. aku tak tau kenapa aku rase tertekan sgt bila takde kete.. rase cam susah sgt nak beli barang.. nak tumpang kawan kalau sume aktiviti semua sama takpa jgak... rase tension giler.. dah la dengan laptop aku yang tak dapat nak buat unit plan sbb tak boleh play cd intel... Ya Allah... tabahkanlah diri ku ini...
Macam mana la lepas ni kalau takde kete jgak... ha..... tension aku!!!!!!!!!!

kalau aku ade kete ni dah tgk dah anak buah aku.....

Thursday, April 8, 2010

Hari yang meletihkan

Hari ini hari yang meletihkan pada aku... kerana aku melakukan 2 aktiviti berat hari ini. pada sebelah pagi aku belajar teknik2 melompat jauh. penatnyer... banyak teknik yang di pelajari.

teknik-teknik melompat jauh:
1) mencari jarak sendiri- aku berlari sebanyak 5 kali pada jarak 50 m. kak ila melihat titik pecut kelajuan max aku. macam mana nak tahu kelajuan max? hurm... kalau nak tau di mana tibe kite mula perlahan, maka di situlah titik max kita. cari purata untuk 5 larian kita itu. bila dah tau purata, kira langkah ke garisan permulaan kita lari.. jarak aku adalah 16 langkah berlari perlahan.

2) aku melompat di atas kerusi gymnastik untuk mempelajari teknik melompat dengan sudut 45 darjah.. jangan lupa ketika melompak mestilan single take off, landing 2 kaki di bengkokkan.

Setelah mempelajari teknik2 nya, aku rase mudah dan aku berasa selesa..


itu citer di sebelah pagi...

ini plak citer ku di sebelah petang. aku ade latihan kawad pada pukul 3.30 petang. aku skang masih konfius dimana dan bagaimana format untuk aku berjalan ketika hari yang sebenar...

aku dah mengantuk ni.. esok pagi ada latihan lagi.. aku harus mendapatkan tidur yang cukup...

Wednesday, April 7, 2010

Kawad Kaki...

Hari ni aku menjalani hari yang sangat penat sekali... BBSM siang tadi aku ada latihan kawad kaki... tak sangka aku berkawad semula setelah hampir 5 tahun aku meninggalkan kawad kaki..

Banyak bende yang aku lupa.. tapi mujur rakan2 banyak yang membantu aku especially Lily and Muad... huhuhu... terharu aku ade kawan macam korang... Esok dan ahad aku akan ade latihan lagi.. buat masa ini aku terpaksa meninggalkan beberapa kelas sempena latihan kawad kaki tersebut...

Hurm..Esok aku akan ada ujian kecergasan lari 2.4 KM (6 pusing padang)... pancit aku... dah lah langsung tak jogging mase cuti 3 minggu ritu.. almaklumlah duk umah... huhuhu...

ada banyak lagi assignment yang perlu aku siapkan.. aku tak tahu kenapa aku byk leka akhir2 ini....


Kini aku faham bukan mudah untuk menjadi seorang guru.. aku harus buktikan aku boleh menjadi seorang guru... aku yakin aku boleh!!!!

Monday, April 5, 2010

ESHAL NUMA

alhamdulillah.. smlam aku telah di nobatkan sebagai makngah.. aku tak sabar nak jumpa anak buah sulongku.. tapi disebabkan jadual kuliah yang begitu padat, terpaksa aku menunggu lagi sebulan untuk menemuinya..
Nama yang cantik.. ESHAL NUMA bermaksud bunga syurga yang cantik.. semoga dirimu berkembang menjadi bunga secantik bunga2 di taman syurga.
Telah lama aku tidak mencoretkan kata2 di ruang ini.. mulai hari ini aku berazam untuk membuat catatan harian...
setelah 3 minggu aku menetap dirumahku kerana aku harus manjalani PBS 2 minggu selepas cuti semester yang lalu. aku PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Semporna, punggor. seronok di situ. murid2nya sangat sporting sehinggakan kalau nampak dayah (member semaktab)" cikgu... jom main goreng pisang..." al-maklomlah.. dayah yang perkenalkan permainan ni pada diorang... hahahha.. kalau nak story sepanjang PBS memang panjang...
Setelah aku pulang ke maktab semula, aku tidak lagi tinggal di asrama. aku menetap di luar. Untuk seminggu ni aku takde kaki empat bulat2 kerana adik aku pinjam untuk memunggah barang2 nya di UPM... Huh... jadinya, aku terpaksa menumpang Hidayah (cikgu Goreng Pisang)...
Rutin harian ku berubah daripda kebiasaannya... setiap malam aku terpaksa membuat satu bag khas untuk pakaian riadah petang... macam packing baju anak kecil untuk dihantar ke nursery.. hahaha...
aku berpuas hati dengan rumah baru ni cume tuan rumah sebelah ni selalu jenguk kami.. atuk ni kadang2 tak ingat... kesian atuk... tiap petang ada la 2x sapu air longkang kat depan umah kitorang... nak nganga tingkap besar2 pun macam serba salah...
Aku berharap aku tabah menghadapi hari esok...
Sekian dulu catatan untuk hari ini... tata

Sunday, February 14, 2010

Permulaan tahun 2010

Lama aku tidak menulis di blog ni... sebenarnya aku skang blaja di maktab jb atau nama modennyer IPGK Temunggong Ibrahim. JB.
Aku la ni memulakan langkahku sebagai seorang guru. Guru Math-Bi-Muzik. pasni aku jadila cekghu-cheghi.
Tak byk yang aku nak coretkan sbbnye byk sgt yang aku nak tulis sebenrnye. Diringkaskan citer aku berhenti keje di melaka untuk Masuk KPLI di maktab JB. dah sebulan aku masuk blaja tapi rasa macam setahun lamanya. hari aku penuh dgn aktiviti.
dengan riadahnyer.. sampai kol 7 malam.
Aku sedih sebenarnye sbb aku dah selesa duk hostel, tapi kene kuar.. sewa di luar.. huhuhu (Pura2 sedih...)
kering plak idea aku malam2 ni... takpe la nanti aku sambung lain hari

Thursday, November 19, 2009

aku kembali ke Jasin

Hari Rabu ni aku akan kembali ke BSN Jasin... lega.. lepas ni jimatla minyak aku... aku pun tengah sengsara ulang alik ke alor gajah.. JASIN-ALOR GAJAH. Petang ni aku ke seremban untuk menghadiri undangan perkahwinan Suraya a.k.a BABY.

" SELAMAT PENGANTIN BARU , SURAYA"

dah kahwin kawan2 aku ni. pas ni bulan satu Dekno plak... tinggal lah aku yang masih solo lagi..

Berbalik kepada kerjaya aku sebagai guru tuisyen, aku berniat untuk tidak meneruskan lagi di tahun hadapan.. tapi, terdapat beberapa permintaan ibu bapa di tahun hadapan. Setelah di kira Risk- management, mungkin aku tidak meneruskan lagi..

hehehe...

aku tengah nak meng-active-kan diri aku dengan facebook, tapi... hang la plak... huhuhu.. semoga aku tabah untuk mengactivekan diri ku ini...