Monday, April 5, 2010

ESHAL NUMA

alhamdulillah.. smlam aku telah di nobatkan sebagai makngah.. aku tak sabar nak jumpa anak buah sulongku.. tapi disebabkan jadual kuliah yang begitu padat, terpaksa aku menunggu lagi sebulan untuk menemuinya..
Nama yang cantik.. ESHAL NUMA bermaksud bunga syurga yang cantik.. semoga dirimu berkembang menjadi bunga secantik bunga2 di taman syurga.
Telah lama aku tidak mencoretkan kata2 di ruang ini.. mulai hari ini aku berazam untuk membuat catatan harian...
setelah 3 minggu aku menetap dirumahku kerana aku harus manjalani PBS 2 minggu selepas cuti semester yang lalu. aku PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Semporna, punggor. seronok di situ. murid2nya sangat sporting sehinggakan kalau nampak dayah (member semaktab)" cikgu... jom main goreng pisang..." al-maklomlah.. dayah yang perkenalkan permainan ni pada diorang... hahahha.. kalau nak story sepanjang PBS memang panjang...
Setelah aku pulang ke maktab semula, aku tidak lagi tinggal di asrama. aku menetap di luar. Untuk seminggu ni aku takde kaki empat bulat2 kerana adik aku pinjam untuk memunggah barang2 nya di UPM... Huh... jadinya, aku terpaksa menumpang Hidayah (cikgu Goreng Pisang)...
Rutin harian ku berubah daripda kebiasaannya... setiap malam aku terpaksa membuat satu bag khas untuk pakaian riadah petang... macam packing baju anak kecil untuk dihantar ke nursery.. hahaha...
aku berpuas hati dengan rumah baru ni cume tuan rumah sebelah ni selalu jenguk kami.. atuk ni kadang2 tak ingat... kesian atuk... tiap petang ada la 2x sapu air longkang kat depan umah kitorang... nak nganga tingkap besar2 pun macam serba salah...
Aku berharap aku tabah menghadapi hari esok...
Sekian dulu catatan untuk hari ini... tata

No comments:

Post a Comment